LANGKAWI
Pulau Langkawi juga disebut sebagai Pulau Lagenda kerana pulau ini adalah unik dalam erti kata yang lain pulau ini memiliki begitu banyak mitos dan legenda yang berkaitan dengannya.Pulau ini adalah sebuah kepulauan dari 99 pulau yang terdapat di pantai utara barat Semenanjung Malaysia. Langkawi juga dikenali sebagai sebuah pulau yang bebas cukai. Ini bermakna jika anda tinggal di sini, anda akan dapat menikmati pembelian yang murah berbanding dengan membeli barangan di Kuala Lumpur. Sebahagian besar daripada perbelanjaan pelancong ke Langkawi adalah merupakan cenderamata, gamat, coklat, pinggan mangkuk dan hasil kraftangan yang mempunyai diskaun sehingga 50 peratus.
Pulau Langkawi merupakan sebuah Pulau yang mempunyai keluasan yang melebihi Pulau Pinang. Terdapat juga pulau-pulau kecil di sekitar Pulau Langkawi seperti Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, dan Pulau Beras Basah .
Perjalanan ke Langkawi boleh menggunakan feri dari Kuala Kedah (75 minit) atau dari Kuala Perlis (45 minit). Feri biasanya beroperasi pada jam 7:00-19:00.