CARA KE SINI

PENERBANGAN

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi hanya 20 km dari bandar Kuah atau 8 km dari Pantai Cenang. Penerbangan Malaysia menyediakan perkhidmatan yang kerap dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Air Asia dan Firefly pula mengendalikan penerbangan terus dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura manakala Silk Air menawarkan penerbangan terus dari Singapura. Jarak Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke SYIFA HOMESTAY LANGKAWI hanya 25km.


FERI

Perkhidmatan feri ke Langkawi beroperasi setiap hari dari Kuala Kedah (1 jam 15 minit), Kuala Perlis (45 minit), Pulau Pinang (2 jam 45 minit) dan dari Satun, Thailand (1 jam 15 minit). Perjalanan dari Jeti Kuah ke SYIFA HOMESTAY LANGKAWI hanya mengambil masa 15 minit. Anda juga boleh membuat tempahan tiket feri secara 'online' bagi memudahkan anda merancang perjalanan anda ke Langkawi. Anda boleh layari laman web seperti berikut untuk membuat tempahan tiket feri secara 'online': http://www.langkawiferryline.com/


BAWA KENDERAAN SENDIRI

Perkhidmatan feri mengangkut kenderaan beroperasi setiap hari dengan kekerapan satu (1) kali sehari bagi setiap syarikat yang menjalankan perkhidmatan feri mengangkut kenderaan. Perkhidmatan ini hanya beroperasi dari Kuala Perlis sahaja dan perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Anda boleh membawa sendiri kenderaan anda masuk ke Langkawi bersama-sama dengan penumpang. Untuk tempahan awal boleh dibuat satu (1) bulan dari tarikh perjalanan atau selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh masuk ke Langkawi. (bergantung kepada kekosongan tarikh tersebut). Anda hanya perlu mengemukakan salinan geran asal. Untuk maklumat lanjut dan tempahan anda boleh layari laman web :


https://www.langkawiroro.com/

http://langkawiauto.com/content/home/index/site:langkawiauto-link:1537#popup

JALAN RAYA

Jika anda menggunakan perkhidmatan jalan raya, anda harus memandu kenderaan ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis dahulu sebelum seterusnya menaiki feri untuk ke Langkawi. Kemudahan tempat letak kereta mudah didapati di kedua-dua bandar tepi laut itu. Perkhidmatan bas ekspress juga menghubungkan kedua-dua bandar itu dengan bandar-bandar utama di Semenanjung. Jika anda mahu membawa kenderaan dari Semenanjung ke Langkawi, anda harus menaiki feri khas dari Jeti Kuala Kedah ataupun Kuala Perlis


KERETAPI

Keretapi Tanah Melayu (KTM) menyediakan perkhidmatan keretapi yang selesa dan ekonomi ke Alor Setar dan Arau. Dari Alor Setar atau Arau, anda boleh mengambil teksi atau bas untuk ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis sebelum meneruskan perjalanan dengan feri ke Langkawi.


BAS

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan bas dari seluruh semenanjung Malaysia. Jika anda menggunakan perkhidmatan bas untuk ke Langkawi, anda boleh berhenti di Stesen Alor Setar dan juga Stesen Kuala Perlis. Jika anda berhenti di Stesen Alor Setar, anda perlu mendapatkan perkhidmatan teksi ataupun bas untuk ke Jeti Kuala Kedah. Jika anda berhenti di Stesen Kuala Perlis, anda hanya berjalan kaki untuk ke Jeti Kuala Perlis dan seterusnya mendapatkan feri untuk ke Langkawi.




No comments:

Post a Comment